Views: Friday thots…

Friday, December 16, 2005

Friday thots…

Pagi ini, seperti pagi-pagi lainnya, saya bangun dan masih dapat menghirup udara nyaman seperti biasa. Saya masih dapat menikmati matahari pagi yang bersinar dan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai atau apa juga yang saya mahu. Saya masih mempunyai keluangan masa untuk berehat pada hujung minggu setelah mengharungi hari-hari bekerja yang kadang-kadang terasa cukup panjang.

Saya percaya apa yang saya rasa dan nikmati, boleh dirasa dan dinikmati oleh majoriti rakan-rakan saya. Di sudut yang lain, ada segelintir kecil manusia yang dinafikan hak mereka sebagai manusia yang dilahirkan sebagai manusia yang bebas. Saya masih teringat satu kata-kata yang pernah kita dengar semasa belajar sejarah sekolah menengah yang berbunyi, 'Setiap manusia dilahirkan bebas..'. Kalau tak silap, kata-kata ini disebut oleh Jean Jacque Rousseau.

Not long ago, I was told about a story of a pastor who lived in war-torn Germany in World War 2. It goes something like this: One day, the army came for my neighbour, I said it's okay for he is a Jew. The next day, the army came again, for my other neighbour, and I said, it's fine for he's a Protestant (whereas I'm a Catholic). On the third day, the army came again and this time, it was my turn...then only I realized that there'snobody there to help me. (The end).

(Written on 8th June 2001)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

[ View Guestbook ] [ Sign Guestbook ]
Get a FREE guestbook here!