Views: Generasi Yang Unik

Friday, December 16, 2005

Generasi Yang Unik

Generasi terbaik adalah generasi pertama Islam (generasi sahabat) diikuti dengan generasi tabi'in dan kemudian, generasi tabi' tabi'in (generasi selepas tabi'in). Generasi mereka telah meletakkan Islam di kemuncak dan mereka adalah golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Islam tersebar luas ke serata dunia....sebab itu hanya sebilangan kecil kubur para sahabat berada di Semenanjung Arab.

Kunci utama yang membawa kejayaan dan kegemilangan mereka adalah keimanan kepada Allah swt. Tentunya iman itu tidak datang sendiri tanpa diasuh dan dibentuk melalui proses pendidikan yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Nikmat iman yang diperolehi diuji dengan pelbagai dugaan. Dengan itu, lahirlah golongan manusia yang sanggup berkorban masa, harta malahan jiwa merekasekalipun demi menegakkan lslam di mukabumi.

Kita pada hari ini masih jauh berbanding dengan generasi tersebut. Tetapi formula untuk mencapai kejayaan tetap sama (bukan Formula Malaysia !). Rasullullah tiada lagi di sisi kita tetapi baginda meninggalkan kepada kita khazanah yang sungguh berharga iaitu Al-Quran dan sunnnah baginda. Disebut di dalam sebuah hadis bahawa Islam itu dagang, dan ia akan kembali menjadi dagang. Dan beruntunglah golongan yang dagang. Itulah yang berlaku pada hari ini - Islam dipinggirkan. Sedikit sahaja golongan manusia yang berpegang teguh dengan Islam. Cabaran begitu banyak dan besar, tetapi bagi mereka yangberiman dan berterusan/istiqamah di atas jalankebenaran, merekalah orang yang beruntung yang akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Moga kita dapat menjadikan generasi pertama Islam sebagai contoh, pedoman dan idola dalam melalui hidup yang singkat ini. Merekalah generasi yang mendukung ajaran Al-Quran dan petunjuk-petunjuk As-SunnahRasullullah saw.

(Ditulis pada 6 Ogos 2001)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

[ View Guestbook ] [ Sign Guestbook ]
Get a FREE guestbook here!