Views: Renungan...

Friday, December 16, 2005

Renungan...

Kadang-kadang, tidak semua yang kita cita-citakan dapat dicapai. Cantik sungguh sabda Nabi yang menerangkan sifat orang beriman yang bersabar dan tidak putus asa dalam apa juga bidang yang diceburinya: "Sungguh aneh keadaan orang yang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu hanya ada pada orang yang beriman: Jika memperolehi kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau ditimpa bahaya, dia sabar (berhati teguh), dan itu memberikan kebaikan pula kepadanya". (Hadis riwayat Muslim)

Dibaca pula dengan ayat berikut cukup menenangkan perasaan di kala ditimpa musibah atau kecelakaan." Dan sebahagian dari manusia ada orang yang menyembah Allah di pinggir sahaja. Kalau dia mendapat kebaikan, senanglah hatinya kerana itu. Tetapi kalau ditimpa cubaan, berbaliklah ia ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat, dan itulah kerugian yang terang"(Al-Hajj: 11)

Jelasnya, yang hidup senang dan sentiasa berjaya tidak semestinya tanda keberkatan hidup, dan yang terpenjara atau ditimpa kecelakaan, tidak semestinya dimurkai Allah." Sesungguhnya orang yang paling mulia di antarakamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu...." (Al-Hujurat: 13)

(Ditulis pada 26 Julai 2001)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

[ View Guestbook ] [ Sign Guestbook ]
Get a FREE guestbook here!